Powered By Blogger

Friday, April 23, 2010

Cara menjimatkan minyak
Petikan dr Harian Metro :- Cara jimat penggunaan petrol

JUMLAH penggunaan minyak yang meningkat pasti membebankan pengguna kenderaan terutama jika kos ditanggung semakin membebankan. Ikuti panduan pemanduan berikut yang dapat membantu menjimatkan petrol kenderaan anda.

Dua peraturan asas yang penting dan perlu kita ingat ialah memandu secara efisien dan memastikan kenderaan diselenggarakan dengan baik.

- Kelancaran pemanduan
Pemanduan agresif (suka memecut serta kerap kali beralih antara menekan pedal petrol dan pedal brek) amat membazirkan petrol. Sekiranya anda memandu kenderaan dengan lancar anda dapat meningkatkan penjimatan petrol sehingga 33 peratus ketika memandu di lebuh raya dan lima peratus di jalan raya ibu kota.

- Mematuhi had laju
Secara amnya, ekonomi optimum petrol boleh diperoleh antara kelajuan 90 kmj hingga 100 kmj. Penggunaan petrol semakin meningkat apabila mengatasi kelajuan 100 kmj. Setiap peningkatan kelajuan lapan 8 kmj melepasi 100 kmj meningkatkan penggunaan petrol kereta anda sehingga 5 peratus.

- Penyelarasan enjin
Membaiki enjin kenderaan yang tidak setala atau kenderaan gagal ketika ujian pengeluaran asap dapat menjimatkan penggunaan petrol sebanyak empat peratus. Bagaimanapun, peratusan ini bergantung kepada faktor seperti jenis pembaikan enjin dan bagaimana kerja pembaikan dijalankan.

- Penukaran penapis udara
Pemilik kenderaan digalakkan menukar penapis udara kerana penukaran secara teratur dapat menjimatkan petrol sebanyak 10 peratus. Penapis udara kenderaan anda dapat menghalang kekotoran serta melindungi enjin kereta daripada kerosakan. Penukaran penapis udara bukan saja menjimatkan petrol malah memelihara enjin kenderaan anda.

- Pam tayar dengan tekanan yang betul
Kenderaan anda dapat menjimatkan penggunaan petrol pada kadar 3.3 peratus sekiranya semua tayar dipam dengan tekanan angin betul. Setiap kekurangan 1 psi pada tekanan udara, tayar kenderaan anda menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sebanyak 0.4 peratus. Jika tayar kenderaan anda kekurangan 10 psi, maka peningkatan penggunaan petrol adalah sebanyak empat peratus. Tayar yang dipam dengan tekanan angin betul akan tahan lebih lama dan lebih selamat.

- Kegunaan minyak pelincir disyorkan
Anda dapat menjimatkan petrol kenderaan anda pada kadar 1 hingga 2 peratus dengan menggunakan minyak pelincir disyorkan pengeluar. Sebagai contohnya, penggunaan minyak pelincir 10W-30 untuk enjin yang direka bagi menggunakan minyak pelincir 5W-30 meningkatkan penggunaan petrol pada kadar 1 hingga 2 peratus.

- Jangan biar enjin kereta melahu berpanjangan
Membiarkan enjin melahu bersamaan dengan 0 kilometer setiap liter petrol dibakar dan ia mengakibatkan kehausan enjin. Rancanglah perjalanan anda supaya dapat menjimatkan masa serta petrol.

- Penggunaan kuasa Cruise Dengan menggunakan kuasa Cruise, anda akan memandu pada satu kelajuan tetap ketika di lebuh raya, ia dapat menjimatkan petrol kenderaan anda.

- Penggunaan gear pacuan
Sekiranya anda memandu kenderaan dengan menggunakan gear ini, kelajuan enjin kenderaan anda menurun. Apabila ini berlaku, ia menjimatkan petrol serta mengurangkan kehausan enjin kenderaan.

-semasa isi minyak

Caranya begitu mudah di mana apabila kita mengisi minyak selalunya kita akan menekan "Alat Pengepam Minyak" pada nozzle pam tersebut secara maksima (genggaman maksima) untuk pengisian yang cepat. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan menekan nozzle minyak tersebut secara minima yang boleh dan anda akan menunggu agak lama untuk pam tersebut berhenti mengikut jumlah wang yang dibayar. Dengan meluangkan sedikit masa sahaja adakah anda PERCAYA bahawa penjimatan tersebut adalah luarbiasa.

Sebagai contoh sebelum ini pada setiap RM10.00 petrol saya akan mendapat perjalanan sejauh 100km sahaja, untuk perjalanan di dalam bandar. Selepas mencuba kaedah di atas,saya tidak menyangkabahawa perjalanan saya kini kepada 150 km dengan kadar RM10.00 juga. Setelah mencuba pada beberapa jenis petrol (Shell/Petronas/Caltex/Projet dll) memang ada kebenarannya. (Ini semasa perjalanan saya di Malaysia bbrp tahun nan lepas. La ni mungkin lagi mahal kot.)

Saya telah bertanya kepada yang arif tentang petrol, dan memang benar jika anda mengisi minyak pada tahap mengepam yang maksima, petrol tersebut akan bercampur dengan gas (lebih banyak gas daripada petrol). Pada kadar yang minima pula hanya petrol sahaja yang akan dipamkan ke dalam tangki kereta kita. Pada kadar sederhana setengah minyak setengah gas lah agaknya. Mengapa tidak kita mencuba dalam keadaan sekarang di mana harga petrol kian meningkat...

1. Lebih baik isi minyak pada waktu malam atau awal pagi, untuk mengelakkan minyak bercampur dengan wap air (wap air yang terjadi apabila suhu panas C° di dalam tangki besar - yang terletak di bawah kedai minyak). Petrol yang bercampur air PASTINYA cepat merosakkan enjin kenderaan anda.

2. Cuba kurangkan mengisi minyak pada waktu PANAS TERIK/SIANG HARI kerana wap air paling banyak pada waktu ini, tetapi jika tidak boleh dielakkan, cuba isi minyak seminimum yang boleh, sekadar sesuai untuk kegunaan anda, agar anda boleh isi semula pada waktu malam hari.


nak isi myk isi kat pam yg paling dekaat dengan tmpt tanker refill underground tank...air pressure untuk tekanan myk pegi ke pam lebih kurang...


Teknik / skill memandu untuk menjimatkan minyak

Mungkin anda belum pernah mendengar suatu kaedah untuk mengurangkan penggunaan bahanapi kenderaan anda sebeluim ini. Terdapat satu teknik yang dipanggil "hypermiling" iaitu untuk mengurangkan penggunaan
bahanapi.

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.

3. Apabila menuruni bukit, c ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

4. Tutup suis A/C dan gunakan "blower" tanpa pendingin udara.

5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.

6. Gunakan "auto cruise" jika kenderaan anda mewmpunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahanapi secara minima.

7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda suapay kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih. Jika kenderaan anda 4WD, elakkan penggunaan pacuan empat roda.

9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda
kerana anda mahu kenderaan anda berhenti.

10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.

Teknik di atas telah dicuba dan diuji oleh penduduk Amerika dan mereka mendapati dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 30%. Ada sesetengah kenderaan dapat jimat lebih dari itu. Anda bila lagi nak mencuba?